Setiap orang mempunyai lagu kegemaran yang tersendiri sehinggakan setiap kali apabila kita terdengar lagu tersebut di mana-mana pun sudah pasti kita akan berkata “Oh, itu lah lagu ku”. Saya percaya anda pasti beranggapan itulah lagu yang terbaik di dunia ini, betul tak? Apa yang membuatkan lagu tersebut begitu istimewa ialah ia seolah-olah akan membuatkan bulu roma anda meremang ataupun ia membuatkan anda terkenang akan peristiwa dalam sejarah hidup anda setiap kali anda mendengarnya
Walauapapun sebab yang membawa inspirasi ke atas diri anda, anda tidak pernah rasa jemu untuk mendengar lagu tersebut. Bagaimana pula jika anda boleh belajar dan menyanyaikan lagu tersebut dengan baik pada bila-bila masa yang anda kehendaki? Pernahkan anda terfikir untuk belajar menyanyi tetapi anda belum pernah mengambil langkah ke arahnya? Usah rasa ragu dan berfikiran yang anda mungkin tidak mempunyai bakat. Anda haruslah mencubanya!
Jika anda hanya mempunyai suatu inspirasi ke arah impian anda, ia merupakan langkah pertama anda untuk mengecapi impian tersebut. Tapi ia haruslah menjadi impian anda sendiri, bukan kerana impian orang lain, jika tidak mudah untuk anda hilang fokus. Selain itu, yang paling penting, jangan biarkan pandangan-pandangan negatif terhadap diri anda menjatuhkan semangat anda. Jika memang anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian, teruskan usaha tersebut.
Selepas mengetahui minat anda ini, langkah seterusnya untuk belajar menyanyi ialah dengan cara anda mengikuti kelas nyanyian. Memang tidak dinafikan, cara yang terbaik untuk belajar bagaimana hendak menyanyi ialah dengan mengupah jurulatih nyanyian. Hampir setiap bidang dalam ilmu asas nyanyian ini mempunyai jurulatihnya yang tersendiri untuk membantu anda. Ia merangkumi pernafasan dan teknik vokal yang mantap. Ilmu-ilmu ini boleh membantu anda dalam menjadi penyanyi yang hebat.
Seorang jurulatih nyanyian yang bagus akan melatih anda mengikut sejauh mana kadar perkembangan pemahaman anda sendiri. Ia bagi mengelakkan sebarang kecacatan terhadap suara anda. Beliau juga seharusnya tahu betapa pentingnya menjaga kod-kod vokal anda. Walaupun mendapatkan jurulatih persendirian ini adalah cara yang terbaik, tapi untuk jangka masa yang lama ia mungkin menyebabkan anda menanggung kos yang tinggi. Kadar harga untuk setiap jam kebiasaanya sekitar $50 – $200 (RM177 – RM710). Alternatif yang lain untuk tujuan latihan anda ialah belajar melalui online. Terdapat perisian yang boleh dimuat turun di mana kualitinya juga agak bagus. Semakin ramai orang yang gemar menggunakan internet dan komputer. Oleh itu, pilihan untuk menggunakan perisian seperti ini adalah pilihan yang baik. Selain itu, kebaikannya ialah anda hanya perlu bekerja di rumah anda sendiri. Melalui pembelajaran di rumah, anda boleh lebih berjimat dan anda juga boleh mula belajar pada bila-bila masa dan di mana pun kerana anda boleh memuat turun perisian berkenaan mengikut kesesuaian anda sendiri. Walaubagaimanapun, jika anda memang ingin belajar melalui perisian, pastikan ia turut menawarkan untuk melatih anda teknik pernafasan yang betul. Teknik yang paling penting ini akan membantu anda untuk menyanyi dengan menggunakan suara anda yang sebaik mungkin-Untuk makluman sehingga arikel ini ditulis,belum ada lagi bentuk pembelajaran seperti ini di Malaysia-Insyaallah saya akan mencuba melakukan!
Terdapat ratusan program latihan di luar sana, apa yang hanya anda perlu buat ialah cari yang memenuhi citarasa anda dan ia mampu membantu anda dalam menjadi seorang penyanyi yang hebat. Anda akan merasa lebih mudah untuk menyanyi akhirnya, jika anda memberi komitmen berlatih secara berterusan disepanjang tempoh latihan anda nanti. Bakat dalam bidang muzik ini akan memberi suatu kehidupan yang lebih bermakna untuk anda. Jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian ini, teruskan impian anda dan belajar mengenainya hari ini juga
No comments:
Post a Comment