Showing posts with label gossip hiburan. Show all posts
Showing posts with label gossip hiburan. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Jimmy Selamat Diijabkabulkan dengan 3 Kali Lafaz


Gambar ihsan mstaronline.com
Dengan tiga kali lafaz, pengacara Jimmy Shanley  selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.(1 Oktober)
Majlis akad nikah telah berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah tersebut.
Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu - direka oleh perunding perkahwinan Baha.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan..ini bagi menyempurnakan  amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.
Tahniah Jimmy dan Suhaila.Semoga Kekal Sepanjang Hayat
  • E-mail this story
  • Print this story

Friday, October 1, 2010

Datuk Siti Mengaku Lakukan Rawatan Kesuburan

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengaku melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupunktur bagi mendapatkan anak.


Kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan Umrah di Mekah pada Ogos lalu.(beliau naik kapal yg saya bertugas dari Jeddah ke Kuala Lumpur)


rawatan penyuburan adalah secara akupunktur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) dan ia hanyalah kebetulan semasa lawatan ke London.


Dalam pada itu, Siti juga menafikan dia membatalkan konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 September lalu di Pulau Pinang kerana hamil."Ia adalah masalah kesihatan biasa jer"-katanya


p/s - terharu beliau masih mengenali saya walaupun dah hampir berbelas tahun tak jumpa

Thursday, September 30, 2010

Ash(Bau) Susah Nak Jumpa Anak


Ni lagi satu masalah rumahtangga yang bercerai berai ..dah normal da benda2 macamni kalau da bercerai,bukan artis sajer malah orang biasa pun akan alami...OK berbalik pada cerita kita, Gitaris kumpulan Bau, Ash, bengang gara-gara bekas isterinya, pelakon Dira Abu Zahar dikatakan mengelak untuk menemukan Ash dengan anak mereka, Anggun Deandra.
Sepatutnya si Ash dapat berjumpa anaknya setiap dua minggu tapi si Dira bg banyak alasan bagi mengelak .Persetujuan mengenai anak ni mereka tak de hitam putih cuma persetujuan pakai mulut jer.
"Biasalah, kadang-kala bila kita sibuk, ada kalanya masa kita sedikit berubah. Saya pun mestilah rindukan anak dan pastinya saya teringin mahu berjalan dengan Anggun.
"Dakwa Ash lagi, dia juga diugut Dira untuk membawa masalah hak penjagaan anak ke mahkamah jika Ash tidak mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu, Ash mesti menghubungi Dira untuk mendapatkan Anggun tanpa menggunakan pihak lain.
p/s issh tok sah la gaduh gaduh sampai ke mahkamah buat penat jiwa raga jer.selesai ler cara matang

Wednesday, September 29, 2010

Amber Chia Dapat Baby boy

Model terkenal tanahair Amber Chia selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa 28 pukul 5 petang disalah sebuah private hospital di Petaling Jaya


Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal itu adalah seberat 2.8kg


Mneurut sumber Amber mula merasa sakit bersalin pada pagi Selasa dan terus check in hospital selepas itu dan melahirkan bayi lelaki yang belum bernama itu pada pukul 5 petang


Tahniah diucapkan kepada Amber Chia dan keluarga atas kelahiran bayi pertama mereka

foto ihsan mstar online

Sunday, September 26, 2010

Anum AF8 Demam Terkejut Adik Koma 3 Hari

Inilah yang dinamakan kasih seorang kakak kepada adiknya,dek kerna bimbangkan adiknya yang kemalangan si Anum ni jatuh demam dibuatnya,demam terkejut la lebih kurang ni


Adiknya Awang Mat Azfar Izat Aharun, 14, telah dilanggar oleh motosikal dari arah belakang sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan leher serta koma selama tiga hari.Kejadian berlaku pada Isnin lalu(20 September)
Menurut sumber Anum hanya diberitahu selepas dua hari kejadian,mengikut ibubapa Anum mereka tak nak bimbangkan Anum di KL yang sibuk dengan kerja dan show 

Buat masa ni keadaan adiknya da pulih seperti sediakala dan beliau akan mengambil cuti selama 3 hari mulai esok untuk melihat keadaaan adiknya itu



Menyentuh soal karier, Anum berkata, dia kini sedang membuat persiapan bagi Konsert Reunion AF 2010 yang bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober depan.
"Selepas pulang dari Sabah nanti, saya akan terlibat dengan persiapan untuk Konsert Reunion AF 2010. Setakat ini saya belum diberitahu tentang butiran terperinci konsert itu. Mungkin kami (artis AF) akan dipanggil untuk taklimat konsert itu dalam masa terdekat," katanya.

Saturday, September 25, 2010

Jimmy Dah Nak Kahwin


Pengacara popular Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Oktober ini
Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.
Jimmy atau nama sebenarnya Azmy @ Jimmy Shanley Norjahan Saleh telah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya yang penuh eksklusif dengan padanan warna hijau dan kain baldu berwarna biru.
Jimmy  akan memberikan sembilan dulang hantaran kepada Suhaila, manakala pihak wanita akan membalas 11 dulang hantaran kepadanya.
Antara hantaran yang diberikan oleh Jimmy kepada Suhaila termasuklah wang hantaran berjumlah RM31k dan mas kahwin berjumlah RM186
900 orang tetamu bakal dijemput ke majlis resepsinya pada 2 Oktober ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pukul 7.30 malam.
Jadi tahniah lah buat Jimmy dan Suhaila.Semoga Berbahagia Hingga Akhir Hayat



Friday, September 24, 2010

Bekas Isteri Akhil Hayy (Maizawati) Dilarang Jumpa Anak

Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim pada 9 Ogos lalu.


Dua anak anaknya iaitu,Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.
Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, Mohd Shakir,9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.
Maiza mendakwa Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Dikatakan juga Waheeda dan Akhil sudah tukar nombor telefon ,yg ada hanya no telefon abang kepada Akhil sahaja
"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.
p/s berita lanjut - mstar online

Gambar Anak Asyraf Sinclair/BCL

Ashraf Sinclair akhirnya berkongsi kegembiraannya dengan meletakkan foto dirinya sambil mendukung anak sulungnya di laman Twitter nya

Anak sulung yang diberi nama Noah itu dikatakan mirip ayahnya.

Ashraf meluahkan rasa-rasa kegembiraannya melalui laman tersebut yang menyatakan sehingga kini dia masih tidak mempercayai bahawa dirinya sudah bergelar seorang ayah.

Bunga bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

p/s to Asyraf be a good dad

Thursday, September 23, 2010

BCL Dapat Anak Lelaki

Penyanyi Bunga Citra Lestari selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasihat doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan

Sementara itu, adik kepada Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu

Wednesday, September 22, 2010

Terbaru! Bunga Citra Lestari Kini Sarat Mengandung




Waduh waduh comel da BCL sekarang ni..itulah yang dinamakan seri orang mengandung.Semoga selamat melahirkan ..

Gambar ehsan http://kapanlagi.com

Tuesday, September 21, 2010

AC Sahkan Terima Gelaran Datuk

Tahniah pada AC kerana bakal menerima penganugerahan dari Kebawah Duli Sultan Pahang yang membawa gelaran "Datuk".Majlis penganugerahan akan dilakukan pada akhir tahun ini.

Penganugerahan ini diberi berdasarkan kejayaan AC sebagai seorang artis yang berjaya dalam bidang perniagaan.Saya secara peribadi mengucapkan tahniah pada AC diatas penganugerahan tersebut

Menurut sumber,pihak istana telah memberi kebenaran untuk AC menggunakan gelaran itu pada masa ini,namun AC belum bersedia katanya.Beliau akan menggunakan gelaran itu selepas majlis penganugerahan nanti.

Menurut AC,beliau terharu dan akan menggunakan sebaiknya gelaran tersebut

p/s teringat waktu menjadi artis dulu dulu pernah menumpang kereta Kancil AC untuk pergi makan selepas buat rehearsel di RTM..kelakar orangnya

Shahir AF Kemalangan

Alahai terkejut jugak saya dengar berita ni..kemalangan berlaku dekat Tapah petang semalam,kereta yang dipandu beliau remuk teruk ..


Namun kepada peminat Shahir korang jangan bersedih pasal Shahir selamat..alhamdulillah.Diharapkan Shahir lebih berhati hati ketika memandu selepas ini.Kadang kadang tu kita berhati-hati namun ada pulak pemandu lain yang pulak yang buat hal,jadi berhati hati juga lah dengan karenah pemandu pemandu sekeliling anda yer

Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli Kembali Ke Rahmatullah

Pelakon terkenal tanahair,M.Rajoli telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Jumaat tadi 17 September 2010,pada usia 64 tahun akibat barah otak


M.Rajoli antara pelakon senior tanahair yang amat serba boleh dan memang disenangi oleh ramai peminat/penggiat seni tanahair.Kehilangan beliau amat dirasai.



Presiden Persatuan  Artis Artis Malaysai (Seniman Harun Salim Bachik berkata M Rajoli  atau Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed menghembuskan nafas terkahir pada 10.55pm setelah bertarung nyawa dengan penyakit barah otak sejak 2007.

"
Dia telah dimasukkan untuk semalam hospital selepas komplikasi barah otakAhli-ahli keluarganya berada di sisi katilnya apabila beliau meninggal dunia," kata Harun Salim Bachik lagi.
Allahyarhan M Rajoli akan dikebumikan pada tanah perkuburan Islam esok harinya, petang Sabtu di Keramat.

Al Fatihah untuk roh allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber dari Bernama




Friday, September 17, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Batalkan Konsert Di Pulau Pinang Kerana Mengandung?

Dikatakan Datuk Siti Nurhaliza dinasihatkan oleh pakar perbidanan/sakit puan untuk berehat lantas terpaksa membatalkan konsertnya di Pulau Pinang .Adakah Datuk Siti sedang mengandung?Ini masih belum disahkan oleh beliau.

Tapi jika betul alhamdulillah..ramai yang tertunggu-tunggu akan kehadiran cahaya mata Datuk Siti.Jika benar diharapkan beliau menjaga kesihatan dengan betul,maklumlah permulaan mengandung ni adalah agak kritikal.

Walau apa pun ini kita doakan yang terbaik buat beliau

Tuesday, September 14, 2010

Serina Redzuan Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Pada Isnin pukul 6.13 petang di Hospital Prince Court,Kuala Lumpur pelakon dan pengacara ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.4 kg.

Menurut bapanya,Chef Wan anak serta cucunya berada dalam keadaan sihat.Bayi lelaki ini diberi nama Tristan Tareef iaitu bermaksud "lain dari yang lain".Menurut Chef Wan beliau sendiri yang mengazankan cucu pertamanya itu

Chef Wan begitu teruja sekali dengan kelahiran cucu pertamanya itu,ini jelas digambarkan melalui status di profile Facebook beliau tempohari.

Tahniah buat pasangan Serina dan Gavin Edward@Salhudin Ghaffar

Memey Suhaiza Dan Norman Hakim Bertunang

Da pun bertunang yer..Majlis mereka ini telah diadakan di kampung Memey di Felda Tenggaroh,pada pukul 5 petang  semalam...Alhamdulillah semoga cepat cepat kahwin..Norman bawak 5 dulang dibalas 7 dulang oleh pihak Memey..Wang hantaran  masih dirahsiakan ..

Saya secara peribadi mengucapkan Selamat Bertunang pda Norman dan Memey Suhaiza

Monday, September 13, 2010

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik-Teknik Bakar Guna Najis Lembu

Gambar Hiasan

Datuk Sosilawati dipercayai dibakar melalui kaedah tradisi dari India iatu dengan menggunakan tahi lembu dan juga petrol.Dipercayai dengan kaedah ini badan manusia boleh hangus menjadi abu dalam masa 30 min hingga satu jam sahaja.dikatakan juga tahi lembu ni merembeskan satu gas yg dipercayai boleh mempercepatkan proses pembakaran berbanding kaedah biasa yang mengambil masa selama 3 jam dengan suhu setinggi 1100 dajah celcious.


Sumber The Star
Related Posts with Thumbnails