Saturday, October 2, 2010

Jimmy Selamat Diijabkabulkan dengan 3 Kali Lafaz


Gambar ihsan mstaronline.com
Dengan tiga kali lafaz, pengacara Jimmy Shanley  selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.(1 Oktober)
Majlis akad nikah telah berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah tersebut.
Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu - direka oleh perunding perkahwinan Baha.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan..ini bagi menyempurnakan  amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.
Tahniah Jimmy dan Suhaila.Semoga Kekal Sepanjang Hayat
  • E-mail this story
  • Print this story

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails