Adiknya Awang Mat Azfar Izat Aharun, 14, telah dilanggar oleh motosikal dari arah belakang sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan leher serta koma selama tiga hari.Kejadian berlaku pada Isnin lalu(20 September)
Menurut sumber Anum hanya diberitahu selepas dua hari kejadian,mengikut ibubapa Anum mereka tak nak bimbangkan Anum di KL yang sibuk dengan kerja dan show
Buat masa ni keadaan adiknya da pulih seperti sediakala dan beliau akan mengambil cuti selama 3 hari mulai esok untuk melihat keadaaan adiknya itu
Menyentuh soal karier, Anum berkata, dia kini sedang membuat persiapan bagi Konsert Reunion AF 2010 yang bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober depan.
"Selepas pulang dari Sabah nanti, saya akan terlibat dengan persiapan untuk Konsert Reunion AF 2010. Setakat ini saya belum diberitahu tentang butiran terperinci konsert itu. Mungkin kami (artis AF) akan dipanggil untuk taklimat konsert itu dalam masa terdekat," katanya.
No comments:
Post a Comment