Monday, September 27, 2010

Album Yuna - "Decorate" Memang Best

Setelah mendengar beberapa kali kesemua lagu lagu dalam album ni,saya dapati ianya amat berkualiti dari segala macam segi.Tahniah buat Yuna dan team produksi beliau


Kesemua lagu lagu ni 100% ciptaan Yuna.Kualiti rakaman memang tip top(world class)nak lagi dengan adanya sentuhan Roslan Aziz dibelakang tabir sebagai Mixing Engineer 


Keseluruhan lagu lagudidalam album ini memang senang untuk didengar(easy listening),kalau nak bersantai memang anda akan terhibur dengan album ini


Dari segi vokal,saya bagi 4 bintang,memang Yuna tahu kemampuan vokal beliau dan lagu yang dihasilkannya juga memang sesuai untuk vokal dia.Diction atau sebutan terutama dalam lagu lagu Inggeris juga memang bagus..anda mungkin tak menyangka yang Yuna menyanyikan lagu lagu Inggeris..dengar macam artis Mat Sallleh je yang nyanyi


Keseluruhan saya bagi 4 bintang untuk album ini cuma saya terkilan kalau ada banyak lagi lagu yang fast atau rancak macam lagu"Super Something"mungkin album ni saya bagi 5 bintang.


Seperti biasa saya sarankan agar korang belilah album ni kat kedai,jangan download free jer k..memang berbaloi


Berikut adalah senarai lagu dalam album ini:-
1. Gadis Semasa
2. These Streets
3. Penakut
4. Fireworks
5. Rocket
6. Random Awesome
7. Permission
8. Cinta Sempurna
9. Decorate
10. Super Something (Bonus Track)
11. Dan Sebenarnya “acoustic” (Bonus Track) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails