Tuesday, September 21, 2010

6 Tips Nyanyian

Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.

1.Kawalan Pernafasan

Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi.Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..
Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing.Teknik pernafasan ini adalah dengan menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali.ooo ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni jer,cuba baring melentang atas katil kaki lunjur,kemudian letakkan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda diatas dada sebelah bawah(ddekat tulang rusuk).Bila bernafas pastikan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas tidak bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah bergerak keatas dan kebawah

2.Perkembangkan Suara Asli Anda

Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2 ni cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit

3.Latih Diri Anda Beremosi

Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.
Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!
Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.
Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.

4.Menyanyi Depan Cermin

Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

5.Berhenti....

Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

6.Latihan Latihan Latihan

Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails