Thursday, September 23, 2010

Penghayatan/'Feel' Dalam Lagu - Baca Pengalaman Saya ...

Pada mula-mula saya menyanyi dan merakamkan album saya sering
ditegur oleh penerbit album saya iaitu Saari Amri-'kau nyanyi macam
highway,straight jer"-
saya tak paham pada mulanya dengan apa yang
dimaksudkan oleh beliau namun setelah diberi penjelasan baru saya
sedar bahawa nyanyian saya tak ada jiwa

Jadi saya bertanyakan pada beliau bagaimana nak feel kan lagu?Lalu
dia jawab ko baca dan fahamkan lirik lagu,da faham, kalau lagu tu
lagu sedih leleh kasik gelap sikit studio nnt bila nak rakam..

Begitulah serba sedikit pengalaman saya menyanyi dan feel menyanyi
bersama2 Saari Amri

Tips saya untuk anda mengenai feel ni,senang jer...apa yg kita rasa
melalui melodi dan lirik kita keluarkan melalui suara kita,menyanyi
lagu slow mmg mencabar berbanding dgn lagu rancak,pasal nak feel
lagu sedih ni perlu penghayatan yg tinggi...kelembutan dalam
mengeluarkan suara nyanyian amat penting jika lagu
perlahan..kelembutan suara boleh dihasilkan melalui suara dari
dada..jgn 'keraskan' suara anda bila nyanyi lagu perlahan dan nada
rendah,cth nyanyi dgn suara keras adalah apabila kita nyanyi Happy
Birthday-selalunya bila org nyanyi lagu ni dgr macam keras dan
straight je -xde feel..betul tak??

p/s Mungkin ada ramai yang tak berapa nak paham,nak tahu contoh yang baik dengan penghayatan lagu ni cuba dengar lagu lagu dari penyanyi penyanyi hebat cth Datuk Siti Nurhaliza,Anuar Zain,Faizal Tahir dan Dayang Nurfaezah--cuba dengar perbezaan nyanyian/feel dorang antara lagu rancak/slow   

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails