Monday, September 13, 2010

Pernafasan Dalam Nyanyian

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah
persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus
boleh mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat
persembahan, dan memang inilah teknik yang dipelajari.  Penyanyi
perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka
pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti
suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan
kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.  Mempelajari
teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi
untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.  

Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah
dilakukan menerusi diafragma.  Udara tidak boleh bergerak melalui
paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma.  Otot berbentuk-kubah
ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk
menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila
kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia
menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk
menghasilkan resonan yang sewajarnya.  Sekiranya anda terus
menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh
menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat
suara anda dan merosakkan pita suara anda.

Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan kebiasaan biasa
sehingga ia menjadi tabiat.  Dengan cara pernafasan begini, anda
bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga
akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul
membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan
mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan
organ dalaman.

Untuk menyanyi mengikut kemampuan anda sebaiknya dan mengambil
perhatian yang sewajarnya terhadap suara anda, Anda mesti belajar
untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan
penuh dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang
bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap
berapa dengan cepat udara dihembus keluar.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan
mengamalkan senaman mudah ini:

Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan
sebuah buku besar di di bahagian tengah abdomen anda.  Sebagaimana
anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya
melihat buku tersebut naik.  Tahan untuk tiga saat sebelum
dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan,
perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.

Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini
menjadi sifat semula jadi sampingan dan anda akan bagus di dalam
cara pernafasan yang betul dan nyanyian yang hebat.

2 comments:

  1. byk dah baca buku2 zarul and nota.. tp agak payah nak wat.. hehe.. kene try and try and try.. huhu.. knowledge dh ada tp praktikalnya susahnyer huhu

    ReplyDelete
  2. Nk tnya sikit,kenapa suara sy semakin lama semakin pecah,bila usia sy semakin meningkat suara sy pn jd pecah,,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails