Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 - Antara yang Menarik!


Bajet 2011 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. .Berikut antara yg menarik:-
Berita baik untuk pembuat filem, drama & dokumentari, sebanyak RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk menjana aktiviti-aktiviti dunia hiburan & perfileman tanah air..tetapi bagaimana dengan industri seni suara??
Manakala, anda yang bergelar wanita sudah tentu melonjak riang apabila semua duti import untuk barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Coach, Gucci dsb akan dimansuhkan. 
Anda juga boleh memiliki smartphone seperti Blackberry, Iphone 4 dll apabila kerajaan juga mengumumkan cukai jualan akan dimansuhkan untuk produk tersebut.
Bagi yang gila Facebook atau R*dTube, cukai import dan cukai jualan untuk broadband akan dikecualikan sehingga tahun 2012.
Manakala pengguna jalanraya pula boleh menarik lafaz lega kerana kadar kenaikan tol di bawah syarikat PLUS akan dimansuhkan sehingga 2015

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails