Monday, October 25, 2010

Gelaran Dato Tidak Ditarik Balik- Emylia Rosnaida


Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.


Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.


“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

1 comment:

  1. Tahniah abg AC kalo dpt gelaran dato'..pasni kna panggil Dato' AC..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails