Thursday, October 28, 2010

Rita & Zafuan Hadir Mahkamah Syariah Tangguh Sulh



Sulh, merupakan satu proses untuk berdamai antara suami isteri setelah dilanda konflik kekeluargaan. Nampaknya, niat Rita & Aidil Zafuan memang ikhlas untuk berdamai setelah segala konflik kekeluargaan yang berlaku sebelum ini diketahui umum. Menurut Aidil, beliau memang sayangkan Rita, lebih-lebih lagi isterinya sedang mengandungkan anak kedua.
Penangguhan Sulh dibuat oleh Aidil bukan atas perebutan hak penjagaan anak yang pertama, sebaliknya dipohon andai kata ada masalah kelak, mereka dapat merujuk kepada pihak mahkamah yang lebih arif.
Rita pula akur dengan kehendak Aidil untuk memohon sulh kerana mereka dapat menyelesaikan konflik keluarga dengan cara ini. Kata Rita, “Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia.”
Kami doakan hubungan Aidil-Rita bertambah erat & kukuh walaupun banyak rintangan yang melanda. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails