Friday, October 29, 2010

Siri Jelajah Yuna,MUH dan FT


image001 (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir
Ya, Shout! Awards 2010 semakin hampir! Kita sedang menghitung hari menantikan anugerah paling kool di Malaysia!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & Thе Typewriter, Alif Satar dan Daphne Iking – Ahad ini (31 Oktober 2010) jam 5.30 – 6.45 petang di Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur. Selain itu, anda berpeluang beramah mesra dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna. Rujuk jadual di bawah.
Screen shot 2010 10 29 at 12.58.06 PM (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir
Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout! Awards 2010. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan anda iaitu UCSI University pada 28 Oktober 2010, HELP University pada 2 November 2010 dan di MMU Cyberjaya pada 10 November, semuanya bermula dari pukul 12 – 2 petang.
Tiket-tiket juga boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media Shout! Awards 2010 iaitu HotFm, FƖу FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau di Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.
Shout! Awards akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV! Majlis ini akan dimulakan dengan acara karpet ungu yang membariskan personaliti dan artis-artis рοрυƖаr tanahair!
Pemenang-pemenang Shout! Awards akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010. Untuk mengundi finalis-finalis kegemaran anda lihat senarai penuh di Shout! Awards 2010 atau SMS undian anda ke SHOUT dan hantar ke 33399.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails