Monday, March 7, 2011

Sah Aznil Pengacara AF9


Pemilihan Aznil pastilah kerana Astro mahu mengembalikan semula kehangatan program itu yang dilihat semakin hilang seri. Sebagaimana musim pertama hingga kelima kelolaannya, Aznil akan mengendalikan sendiri sepenuhnya.
"Pemilihan Aznil kerana kami dapati tiada yang lebih sesuai untuk mengembalikan memori AF sepanjang lapan musim. Tiada isu untuk menaikkan rating AF semula," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dalam majlis itu.
Aznil pastinya gembira apabila kembali semula ke dalam program yang telah berjaya melonjakkan namanya itu. Konsert mingguan AF akan bersuaran setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria (104).
"Saya adalah kakitangan Astro dan saya tertakluk kepada arahan. Selain itu, sebab utama saya menerima untuk kembali semula dalam AF ini, kerana setelah lima tahun mengemudi AF terawal, saya mahu AF terakhir ini ditutup dengan kenangan yang tak mampu untuk dilupakan," kata Aznil.
AF9 diuar-uarkan sebagai siri program terakhir. Pada majlis itu nampaknya Astro masih mahu merahsiakan siapakah bakal Pengetuanya. Adakah benar khabar pasal pemilihan Ahmad Dhani yang sedang sensasi dengan berita beranaknya Mulan Jameela?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails