Thursday, March 17, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Mesti Ditonton


Bersama Pengarahnya Hans Isaac

Semalam saya sempat pergi menonton Preview PerdanaTeater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni di istana Budaya.Teater ini adalah produksi usahasama antara Tall Order(syarikat produksi Hans Isaac) dan Institut Terjemahan Negara.Teater  yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar ini akan dipersembahkan di Dewan Sari Istana Negara(IB) ni bermula hari ini iaitu 16 Mac hingga 5 April 2011.
Antara pelakon pelakon utama terdiri dari Awie,Atilia,Douglas Lim,Jalil Hamid Puspha Narayanan dan hampir 300 lagi pelakon2 dan penari penari.Teater ini mengisahkan perjalanan hidup seorang kartunis terkenal tanahair iaitu Dato Lat
Apa yang boleh saya katakan mengenai Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ini adalah ianya antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh produksi Hans Isaac,selepas Cuci The Musical 1 dan 2
Saya juga kagum dengan prop pentas dimana ianya banyak menggunakan lakaran lakaran dari kartun kartun Dato Lat sendiri,begitu juga dengan prop salji untuk scene semasa Dato Lat di London.
Watak utama iaitu Awie sebagai Dato Lat juga tidak mengecewakan,pada saya Awie memang berjaya membawa karekter Dato Lat dengan begitu berkesan sekali dengan caranya yang tersendiri,penonton ramai tergelak apabila belaiu sesekali menyelitkan dialog watak Husin dalam Hantu kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya
Saya tambah terpegun begitu juga dengan penonton penonton lain apabila beberapa ‘magic’ telah dilakukan oleh Awie dan Atilia dalam babak babak percintaan .nak tahu apa magiknya anda kena sendiri
Antara babak yang saya paling saya suka adalah semasa Awie berada diawangan,saya tak kan terangkan secara detail sebab yang ni anda kena tengok sendiri baru best
Penataan muzik juga memang superb,dimainkan secara Live dan diketuai oleh Micheal Veerapan iaitu seorang tokoh muzik Jazz tanahair yang pernah bekerjasama dengan Dato Sheila Majid diawal pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.
Jika anda peminat teater yang tegar,ini adalah untuk anda,jadi datanglah untuk menonton Lat Kampung Boy sebuah Muzikal di Istana Budaya dari 16 Mac hingga 5 April 2011.Saya jamin anda pasti terhibur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails