Walaubagaimanapun kotak suara tidak kurang juga pentingnya,dimana disinilah asalnya suara kita,tanpanya kita tak ada suara walaupun kita mempunyai kemahiran kawalan pernafasan diafragma yang tinggi
Peti suara mengandungi larynx atau kebanyakan kita panggil halkum yang ketara di bahagian leher kaum Adam
Secara ringkasnya,kord kord (lipatan suara) dalam peti suara ini menghasilkan bunyi melalui getaran yang kuat dengan aliran udara diantara kedua dua lipatan suara. Apabila udara melalui lipatan suara, ianya akan membukakan kedua dua lipatan suara itu tadi dan seterusnya akan tutup semula ini menghasilkan getaran yang banyak dalam pelbagai frekuensi dan inilah yang diterima oleh telinga manusia sebagai bunyi suara
Salah satu fakta yang ramai tak tahu adalah bahawa yang lipatan suara ini sebenarnya boleh mengawal pernafasan kita! Sebelum ini focus kita tertumpu kepada diafragma dan otot otot sekelilingya untuk mengawal pernafasan kita,tetapi hakikatnya lipatan suara juga BOLEH mengawal pernafasan kita iaitu dengan menutup sepenuhnya (lipatan suara) dan tdak membenarkan sedikit pun udara keluar melalui tubuh kita. Contoh yang boleh kita lakukan adalah dengan menyebut perkataan “HAK!!! Ah……” dengan kuat. Pastikan anda tutup peti suara anda di penghujung perkataan “HAK!! dan lepaskan udara seraya menghasilkan perkataan “Ah….” itu tadi (dalam bentuk/nada pelepasan nafas)
Anda juga boleh demonstrasikan bagaimana lipatan suara kita ini boleh mengawal pernafasan kita dengan menahan nafas dalam keadaaan mulut terbuka luas.Anda akan dapat rasakan yang otot otot dalam peti suara tertutup untu menghalang udara dari keluar..dan untuk mengeluarkan nafas otot berkenaan akan terbuka..Cuba anda lakukan!
Salah satu fakta yang penting mengenai lipatan suara ini adalah apabila kita menghasilakn note yang rendah, otot otot lipatan suara kurang meregang dan manakala note yang tinggi ianya akan lebih meregang. Oleh kerana itu kita perlu berhati-hati apabila kita menyanyikan note note yang semakin tinggi,kerana otot otot lipatan suara akan terdedah kepada kecederaan
Ada pelabagai bentuk latihan yang mampu meregangkan otot otot lipatan suara bagi mengelakkan kecederaan suara ketika menyanyi dan juga latihan bagi menguatkan suara dan menghasilkan suara nyanyian yang sihat
Namun satu peringatan disini ..Jangan sesekali memaksa suara anda apabila melakukan apa jua latihan tadi.