Thursday, March 17, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Mesti Ditonton


Bersama Pengarahnya Hans Isaac

Semalam saya sempat pergi menonton Preview PerdanaTeater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni di istana Budaya.Teater ini adalah produksi usahasama antara Tall Order(syarikat produksi Hans Isaac) dan Institut Terjemahan Negara.Teater  yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar ini akan dipersembahkan di Dewan Sari Istana Negara(IB) ni bermula hari ini iaitu 16 Mac hingga 5 April 2011.
Antara pelakon pelakon utama terdiri dari Awie,Atilia,Douglas Lim,Jalil Hamid Puspha Narayanan dan hampir 300 lagi pelakon2 dan penari penari.Teater ini mengisahkan perjalanan hidup seorang kartunis terkenal tanahair iaitu Dato Lat
Apa yang boleh saya katakan mengenai Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ini adalah ianya antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh produksi Hans Isaac,selepas Cuci The Musical 1 dan 2
Saya juga kagum dengan prop pentas dimana ianya banyak menggunakan lakaran lakaran dari kartun kartun Dato Lat sendiri,begitu juga dengan prop salji untuk scene semasa Dato Lat di London.
Watak utama iaitu Awie sebagai Dato Lat juga tidak mengecewakan,pada saya Awie memang berjaya membawa karekter Dato Lat dengan begitu berkesan sekali dengan caranya yang tersendiri,penonton ramai tergelak apabila belaiu sesekali menyelitkan dialog watak Husin dalam Hantu kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya
Saya tambah terpegun begitu juga dengan penonton penonton lain apabila beberapa ‘magic’ telah dilakukan oleh Awie dan Atilia dalam babak babak percintaan .nak tahu apa magiknya anda kena sendiri
Antara babak yang saya paling saya suka adalah semasa Awie berada diawangan,saya tak kan terangkan secara detail sebab yang ni anda kena tengok sendiri baru best
Penataan muzik juga memang superb,dimainkan secara Live dan diketuai oleh Micheal Veerapan iaitu seorang tokoh muzik Jazz tanahair yang pernah bekerjasama dengan Dato Sheila Majid diawal pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.
Jika anda peminat teater yang tegar,ini adalah untuk anda,jadi datanglah untuk menonton Lat Kampung Boy sebuah Muzikal di Istana Budaya dari 16 Mac hingga 5 April 2011.Saya jamin anda pasti terhibur

Tuesday, March 8, 2011

Darren Bebas Saman Bekas Suami Daphne Iking


KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Adidas, Darren Choy Khin Ming pada Isnin, membuat permohonan maaf terbuka kepada bekas suami Daphne Iking kerana memikat pelakon dan pengacara tersebut semasa masih bergelar isteri.
Permohonan maaf Darren, 45, ditujukan Ryan Chong Yiing Ming, 33, yang merupakan seorang ahli perniagaan.
“Saya dengan ini memohon maaf dengan seikhlas hati kepada Ryan, ibu bapanya dan seluruh keluarga beliau,” kata Darren menerusi satu kenyataan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini.
Selain itu, Darren turut mengakui bahawa hubungannya dengan Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Elenor Iking, 33, telah mengaibkan dan memalukan Ryan dan seluruh ahli keluarga beliau.
“Saya kesal dengan isu yang dibangkitkan oleh peguam saya dalam sesi soal balas yang mungkin telah merosakkan dan memusnahkan reputasi Ryan dan ahli keluarganya,” kata Darren.
Pada kenyataan tersebut, Darren juga menyatakan bahawa beliau bukanlah bapa kandung kepada anak Daphne, iaitu Isobel Denielle Iking Chong, yang berusia tiga tahun.
Beliau juga turut menarik semula tiga kenyataan yang menyentuh peribadi Ryan pada perbicaraan lalu, iaitu:
- Ryan telah membuat berjanji untuk memberikan wang kepada seorang wanita warga China bagi merahsiakan hubungan mereka.
- Ryan telah berjanji untuk memberikan wang kepada Daphne sekiranya bekas pengacara rancangan The Breakfast Show itu setuju untuk berkahwin dengan beliau.
- Ryan telah dijanjikan akan mewarisi harta pusaka datuknya.
Dengan permohonan maaf itu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat untuk menarik semula saman peribadi yang difailkan terhadap Darren.
Tindakan tersebut mendapat pujian daripada Majistret Engku Rashdi Engku Abdillah yang berkata: “Inilah yang diharap-harapkan. Saya rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.”
Beliau kemudiannya melepas dan membebaskan Darren daripada pertuduhan memikat Daphne dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan Darren antara bulan Julai dan September 2008, di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini.
Pendakwaan terhadap Darren dikendalikan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada perbicaraan lalu, Darren diwakili peguam-peguam Datuk Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader.
Kes ini difahamkan yang pertama di negara ini dan pada perbicaraan lalu, seramai empat orang saksi telah memberi keterangan.
Sementar itu, Darren semasa ditemui di luar mahkamah menyifatkan penyelesaian itu sebagai situasi menang-menang.
“Tiada lagi perasaan salah faham dan perkara ini diselesaikan secara tertib,” katanya yang turut dilihat bersalaman dengan Ryan.

Monday, March 7, 2011

Tip Pernafasan


Setiap bahagian dalam nyanyian adalah based on your breath/pernafasan..Jika anda tak bernafas dengan betul maka anda takkan dapat nyanyi dengan sebaik yg anda boleh .Belajar bernafas semasa menyanyi boleh elakkan masalah pitching,broken notes dan juga mengelakkan kecederaan pd vocal chord.
Berikut adalah beberapa cara mengajar anda untuk bernafas seperti penyanyi pro:
atau boleh terus dapatkan ebook Rahsia Vokal untuk tip yg lebih lanjut; http://rahsiavokal.com/
Tumpukan perhatian pada pernafasan anda
Cuba baring atas lantai dan sedut nafas sedalam2 yg boleh.Rasakan ianya memenuhkan paru paru anda .Dalam posisi ini anda boleh penuhkan paru2 anda dgn udara dan dalam masa yg sama perhatikan perut anda menaik semasa anda inhale atau sedut nafas..
Beginilah yg anda mahu rasakan semasa anda bernafas semasa berdiri.Jangan ‘keraskan’ atau tense kan bahu anda atau amik nafas pendek pendek..sebaliknya breathe deeply into your stomach.
Sedut dan Lepas
Semasa anda sedut nafas (inhale) semasa menyanyi …sedut udara sedalam2 seolah2 anda cuba untuk meniup belon ..Anda perlu melakukan ini dengan secepat yg boleh.Penuhkan paru2 anda dgn udara!
Bila lepas nafas(exhale) prektis melepaskan nafas anda secara perlahan2 .Bila da habis ..paru2 anda sepatutnya kosong kemudian amik nafas dalam2 balik dan perlahan2 lepas semasa nyanyi..Jangan amik nafas pendek dan lepas dgn cepat..kalau bernafas mcm ni anda akan cepat semput
Postur Pernafasan
Postur pernafasan yg baik akan membantu anda bernafas dgn lebih efisyen dan mengenalpasti otot2 yg terbabit semasa proses inhaling dan exhaling.Berdiri tegak dengan bahu sedikit kebelakang dan tulang pelvis anda slightly tilted ke depan
Angkat kepala anda tapi jangan mendongak keatas sangat.Cuba selarikan bahu,pinggang dan kaki anda dengan lutut anda,kemudian amik nafas. and push it out with your diaphragm. Rasakan how powerful this breath feels compared dengan breaths yg u take when you’re hunched over atau terbongkok
Prektis Latihan Pernafasan
——————————————————————
Anda boleh tingkatkan kawalan pernafasan dengan teknik latihan ini:
Breathe in deeply for 4 seconds, tahan nafas
for 4 seconds, kemudian exhale for 4 seconds gak
Empty your lungs n start balik
Bila da lama2 anda boleh cuba selama 6 saat,8 saat malah 10 saat pun boleh! Latihan ini membantu anda mengurangkan inhale dan memanjangkan tempoh exhale pernafasan anda ,juga membantu anda rilex bila anda rasa stress/berdebar2.
Belajar Untuk bernafas secara SENYAP
Jika anda sedut nafas secara gelojoh boleh mengganggu nyanyian anda.Amalkan menyedut udara dengan mulut anda terbuka (tp jgn la sampai ternganga). The breath should go
straight down your throat and into your lungs, expanding
your belly.
Pernafasan senyap ini amat penting semasa anda merakamkan lagu. Breathy inhales don’t sound good, but a
deep, quiet breath is fine. Anda juga bolehlah jauhkan sikit mic tu bila anda inhale
Penjadualan Pernafasan /Time Your Breathing
Cuba amik nafas semasa bahagian ‘pause’ dalam lagu.Jika anda tahu anda akan berdepan dengan note yg panjang,cuba amik nafas sedalam2 yg boleh before it begins. Then ration out your
breath as you sing the note so that you can sustain atau tahan untuk masa yg lama
Note that it’s normal to feel short of breath atau rasa tercungap2 selepas latihan pernafasan.Anda juga akan rasa macam nak menguap2. Ini adalah kerana badan kita sedang sesuaikan atau adjusting to the different amounts of oxygen yg diterimanya.
Singing is about pitch, breath, and rhythm. Pernafasan yg betul membantu anda stay on pitch. If you time it with the song’s rhythm, tiada siapa akan perasan yg anda
bernafas(inhale/exhale) unless dorang tengok u dekat2
Latihan2 pernafasan ini boleh membantu nyanyian anda ke satu tahap yg lebih tinggi dari apa yg anda ada sebelum ini dan jika anda inginkan latihan yg lebih detail anda boleh dapatkan ebook Rahsia Vokal yg ditulis oleh saya..http://rahsiavokal.com/
Jadi amalkan lah latihan ini..Semoga Berjaya!!

Sah Aznil Pengacara AF9


Pemilihan Aznil pastilah kerana Astro mahu mengembalikan semula kehangatan program itu yang dilihat semakin hilang seri. Sebagaimana musim pertama hingga kelima kelolaannya, Aznil akan mengendalikan sendiri sepenuhnya.
"Pemilihan Aznil kerana kami dapati tiada yang lebih sesuai untuk mengembalikan memori AF sepanjang lapan musim. Tiada isu untuk menaikkan rating AF semula," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dalam majlis itu.
Aznil pastinya gembira apabila kembali semula ke dalam program yang telah berjaya melonjakkan namanya itu. Konsert mingguan AF akan bersuaran setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria (104).
"Saya adalah kakitangan Astro dan saya tertakluk kepada arahan. Selain itu, sebab utama saya menerima untuk kembali semula dalam AF ini, kerana setelah lima tahun mengemudi AF terawal, saya mahu AF terakhir ini ditutup dengan kenangan yang tak mampu untuk dilupakan," kata Aznil.
AF9 diuar-uarkan sebagai siri program terakhir. Pada majlis itu nampaknya Astro masih mahu merahsiakan siapakah bakal Pengetuanya. Adakah benar khabar pasal pemilihan Ahmad Dhani yang sedang sensasi dengan berita beranaknya Mulan Jameela?
Related Posts with Thumbnails